Thursday, August 27, 2009

"GEMBIRA"

"GEMBIRA", gembira adalah suatu perasaan yang muncul daripada hati dan diri setiap orang dimana apabila seseorang itu merasa kesenangan ataupun mendapat berita gembira untuk dirinya ataupun orang lain...

contohnya, apabila seorang pelajar yang menduduki peperiksaan dan mengetahui dirinya mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar itu akan merasa gembira dan berpuas hati dengan apa yang dicapainya...=)

Sejurus itu, melalui gembira seseorang itu akan merasa senang hati dan dapat berinteraksi dengan orang lain dengan baik dan rapat,=)

Wednesday, August 26, 2009

gembira ...=)

ceria dan gembira mengeratkan silaturrahim...=)

Tips Ceria dan Gembira...=)

Tip untuk CERIA DAN GEMBIRA SOKMO!!!!

Kehidupan kita sebagai manusia ada suka dan duka. kadang-kadanag kita gembira, kadang kita berduka.....itulah manusia. kalau satu perasaan je, 2 namanye bukan manusia...kalau tak de masalah pun xmanis gak kehidupan ni...so, the important things is how we face our problem??? setiap orang ada cara masing-masing...ada yang akan yang solat kalau ada problem,semoga dengan solat itu kita akan dapat penyelesaiannya...ada gak akan keluar rumah dan bawa kereta atau motor laju2 dan mencari tempat mencari ketenanagan...pendek kata, setiap orang berbeza caranya...

Tapi apa yang kami nak kongsikan ini ialah TIP UNTUK CERIA DAN GEMBIRA SEPANJANG MASA. Semoga kita semua menjadi orang yang TENANG dan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah selalu.Ameen

So, antara caranya ialah:

1. Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.
2. Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.
3. Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.
4. Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik
5. Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.
6. Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.
7. Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.
8. Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain

Satu tips lagi, kalau kita cuba mengembirakan org lain, pasti diri sendiri akan gembira....belum cuba belum tau..Cubalah..

Semoga kita semua menjadi HAMBA ALLAH yang sentiasa TENANG dalam menghadapi setiap UJIAN daripadaNYA...=)

CERIAKANLAH HIDUPMU...=)

mari nyanyi..=)

KALAU RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN...=)

Kalau rasa gembira tepuk tangan...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira petik jari...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira petik jari

Kalau rasa gembira pukul peha...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira pukul peha

Kalau rasa gembira sebut HURRAY...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira sebut HURRAY

Kalau rasa gembira buat semua...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira buat semua.